Thursday, July 19, 2018

Malaysia keluarkan waran tangkap ke atas bekas eksekutif 1MDB

 FMT| July 19, 2018
SPRM dilaporkan mencari bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan dan pengarah eksekutif Casey Tang Keng Chee.
Jasmine Loo Ai Swan (kiri) dan Casey Tang Keng Chee.
KUALA LUMPUR: Penyiasat Malaysia dikatakan telah mengeluarkan waran tangkap ke atas 2 bekas eksekutif syarikat pelaburan kerajaan 1MDB, menurut sumber.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjejak bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan dan bekas pengarah eksekutif Casey Tang Keng Chee, kata sumber yang rapat dengan penyiasatan tersebut yang enggan dikenali.

Penyiasatan terakhir ke atas kehilangan wang 1MDB menyebabkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa atas 3 pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa, berikutan rampasan wang tunai dan barangan berharga bernilai lebih RM1.1 bilion oleh polis yang dikaitkan dengan kes tersebut. Najib mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan.

“Siasatan di Malaysia hampir lengkap,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada 7 Julai lepas, dan menambah siasatan itu kini bergantung kepada bukti yang diperolehi dari luar negara.

Loo dan Tang belum didakwa atas apa-apa kesalahan, dan tidak dapat dipastikan apakah asas pengeluaran waran ke atas mereka. Percubaan menghubungi wakil masing-masing menemui jalan buntu. Seorang pegawai SPRM yang dihubungi enggan memberi komen.

Kedua-dua mereka dipanggil oleh SPRM pada Jun lepas bagi membantu kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC INternational, selain 2 lagi bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan Eric Tan Kim Loong.

Singapura meminta bantuan Interpol bgi mengesan lokasi Tan sejak 2016, bersama-sama ahli perniagaan, yang menurut AS, Low Taek Jho merupakan watak utama dalam skandal berbilion ringgit itu.

Pegawai 3 1MDB
Loo yang belajar undang-undang di England dikatakan dikenali sebagai “Pegawai ke-3 1MDB” oleh kerajaan AS, menurut sumber itu lagi.
AS juga berkata, Loo merupakan pegawai perhubungan antara 1MDB dengan Goldman Sachs Group Inc, bank yang membantu kerajaan mengumpulkan pelaburan sebanyak AS$6.5 bilion dan menerima pindahan wang berjumlah AS$ daripada puluhan bayaran melalui skim yang akhirnya menggelapkan puluhan bilion ringgit daripada dana berkeaan.

Tang terlibat dengan 1MDB, sewaktu ia masih dikenali sebagai Pihak berkuasa Pelaburan Terengganu sehingga 2011. Tidak jela kenapa Loo meninggalkan 1MDB.

pada 2015 Bank Negara Malaysia memanggil mereka untuk disiasat, tetapi kedua-dua mereka tidak hadir. Menjelas March 2015, Najib berkata, mereka tidak lagi bekerja di bank pusat sewaktu penyiasatan tempatan sebelum ini disudahkan

No comments:

Post a Comment