GORAKHPHUR - INDIA. Polis di daerah Deoria menahan seorang remaja
perempuan selepas sekolahnya menuduh dia cuba mencemari hidangan tengah
hari dengan racun sebagai membalas dendam ke atas kematian adik
lelakinya.
Polis berkata, kejadian berlaku pada Selasa di kampung Baulia.
Gadis berkenaan didakwa meletakkan bahan beracun ke dalam kuah dal,
namun perbuatan itu disedari tukang masak dan tiada pelajar sempat
memakannya.
Susulan itu, penduduk kampung yang berang bertindak mengepung sekolah itu dan turut membelasah ibu remaja terbabit.
"Kami percaya motif utamanya adalah untuk membalas dendam. Adiknya yang
belajar disekolah sama telah dipukul sehingga mati oleh lima rakan
sekelas pada 2 April lalu.
"Jadi, dia ambil keputusan untuk membunuh semua pelajar di sekolah
tersebut dan kami telah melakukan persiapan untuk menghantar gadis itu
ke rumah juvana," kata penyiasat polis, Devendra Singh Yadav.
Katanya lagi, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 328 IPC, cubaa mendatangkan kemudaratan menggunakan racun.
Polis turut menahan ibu gadis berkenaan bagi membantu siasatan. - NDTV
No comments:
Post a Comment