Tuesday, July 10, 2018

Polis Macau sahkan terima permintaan untuk tangkap Jho Low

 
   
Polis Macau mengesahkan mereka telah menerima permintaan daripada pihak berkuasa Malaysia untuk menangkap ahli perniagaan, Low Taek Jho tetapi masih belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya.

Perkara itu dinyatakan dalam komunikasi menerusi e-mel kepada Malaysiakini.
"Mengenai pertanyaan anda tentang Low Taek Jho, Biro Pusat Interpol China cawangan Macau telah menerima permintaan dari negara yang berkenaan (untuk menangkapnya).

"Cawangan itu masih mengesahkan kandungan permintaan itu dan akan memberikan jawapan kepada negara berkenaan dengan secepat mungkin," kata polis Macau menerusi pejabat medianya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM telah membuat permintaan rasmi kepada rakan sejawatan mereka di Macau untuk menangkap Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Low, yang kini diburu polis bagi membantu siasatan terhadap skandal 1MDB, dilaporkan melarikan diri ke Macau selepas pasukan polis tempatan tiba di Hong Kong untuk menahannya
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment