Teo berkata kenyataannya di Dewan Rakyat awal minggu
ini tidak bermaksud kerajaan akan melaksanakan hukuman meletakkan
peminjam yang gagal membayar hutang PTPTN dalam status bankrap.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching kecewa
kenyataannya mengenai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) diputar belit segelintir media dan netizen media
sosial.
Teo berkata kenyataannya di Dewan Rakyat awal minggu ini tidak
bermaksud kerajaan akan melaksanakan hukuman meletakkan peminjam yang
gagal membayar hutang PTPTN dalam status bankrap.
“Saya sangat kecewa kerana maksud saya sebenarnya membandingkannya
dengan sistem perbankan swasta, jika penghutang gagal membayar hutang
mereka akan disenarai bankrap, tetapi tidak adil untuk kita lakukan
perkara sama pada bekas pelajar yang gagal bayar PTPTN, itu maksud
saya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis
pertandingan Koakedemik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini
semalam.
Sejak beberapa hari lalu melalui perkongsian di media sosial tersebar
kenyataan daripada Teo bahawa kerajaan akan membankrapkan peminjam yang
gagal membayar hutang PTPTN.
Dalam pada itu, pada majlis berkenaan Sabah membuktikan keunggulan
apabila 3 sekolah dari negeri itu menjuarai 3 kategori Pertandingan
Koakademik Bahasa Melayu peringkat Kebangsaan DBP-KPM 2018.
Olevia Demius dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenom,
dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan deklamasi puisi kategori
sajak, manakala Mohammad Akmal Faramzyzam Shah Abdullah dari SMK Terusan
Lahad Datu meraih juara bagi kategori sahibba sekolah menengah.
Nur Khairina Man Siew Kiong dari SJKC Yuk Choi, Lahad Datu pula meraih juara bagi kategori sahibba (sekolah rendah).
16 pasukan dari sekolah di seluruh Malaysia menyertai pertandingan
itu yang bertujuan meningkatkan keterampilan penguasaan bahasa Melayu
dalam konteks komunikasi dan tulisan dalam kalangan pelajar sekolah bagi
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
FMT
No comments:
Post a Comment