(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Hakim, Datuk Sophian Abdul Razak yang ditugaskan untuk
mengendalikan kes perbicaraan tiga tuduhan pecah amanah dan satu salah
guna kuasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa
bakal dipindahkan ke bahagian lain mahkamah, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Memetik laporan portal Malaysiakini, ia berikutan gesaan Badan Peguam
Malaysia yang mahu Sophian menarik diri daripada mendengar perbicaraan
tersebut demi memelihara integriti badan perundangan, selain mengelak
sebarang kemungkinan berlaku pertimbangan berat sebelah.
Hal itu dibangkitkan ekoran bahawa Sophian adalah merupakan adik kepada
salah seorang exco Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak.
Mohd Soffi ialah pemimpin Umno yang terpilih menjadi anggota Dewan
Undangan Negeri Benta, Pahang, selama lima penggal dan terpilih menjadi
Exco sebanyak empat kali.
Secara kebetulan Najib berasal dari Pahang dan kini menjadi ketua Umno Pekan. Beliau juga bekas presiden Umno.
Bagaimanapun, dalam laporan sama, Peguam Negara Tommy Thomas berkata
beliau tidak mengetahui latar belakang Sophian ketika ditanya wartawan
selepas Najib didakwa.
Menurut dua sumber berbeza memberitahu hakim terbabit akan bertugas di bahagian komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sementara itu hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali - yang dilantik sebagai
pesuruhjaya kehakiman pada April 2015 dan disahkan tahun lalu bakal
bertugas di bahagian jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula pada 1
Ogos ini.
Bagaimanapun, setakat semakan semalam, Sophian masih disenaraikan sebagai hakim yang akan mendengar perbicaraan ke atas Najib
No comments:
Post a Comment