
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (dua,kanan)
menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan pada majlis ramah mesra
bersama nelayan sempena lawatan kerja ke Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysai (LKIM) Kuala Kedah di Pelabuhan LKIM Kampung Keluncur Kubang
Rotan, hari ini. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
ALOR SETAR – 'Kerja-kerja pembersihan’ di dalam Pertubuhan Peladang
Kebangsaan (Nafas) yang digantung sementara pengurusannya memerlukan
masa kira-kira dua bulan lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani Datuk Salahuddin Ayub.
Beliau berkata ketika ini proses membuang 'sampah sarap' yang berada di
dalam agensi kerajaan itu sedang dijalankan, bagi membolehkan ia
kembali kepada fungsi asalnya sebagai sebuah pertubuhan yang benar-benar
membela peladang di negara ini.
"Kita akan bermula dengan era baru (Nafas), jadi yang mungkin berdepan
tindakan perundangan kita izinkan mereka diambil tindakan, manakala yang
tidak bersalah jangan bimbang mereka tidak akan diapa-apakan," katanya.
Salahuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah
Mesra bersama nelayan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Kuala Kedah di
sini hari ini yang dihadiri lebih 1,000 nelayan.
Nafas merupakan agensi pertama kementerian itu yang diambil tindakan
serius selepas laporan Pendaftar Pertubuhan Peladang mendapati berlaku
salah guna kuasa dan ketirisan yang boleh menyebabkan kerugian entiti
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Penggantungan pengurusan Nafas berkuatkuasa 1 Jun lalu adalah bagi
membolehkan siasatan berkaitan tadbir urus, salah guna kuasa dan
ketirisan yang melibatkan anggota Jemaah Pengarah dan pengurusan
dilakukan. - Bernama
No comments:
Post a Comment