
Sultan Ibrahim mencemar duli melawat Anwar di Medipol Mega University Hospital, Istanbul.
(Ubah saiz teks)
ISTANBUL - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli
melawat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Medipol Mega
University Hospital, Istanbul.
Kunjungan Sultan Ibrahim tersebut dimaklumkan Anwar menerusi gambar dan catatan yang dimuat naik di Facebooknya semalam.
“Junjung kasih atas kesudian Sultan Johor untuk menziarahi saya di
Hospital Medipol Istanbul. Saya ke hospital semalam (kelmarin) untuk
mendapatkan pengesahan daripada doktor tentang tahap kemajuan kesihatan
saya.
"Baginda Tuanku Sultan Ibrahim sempat diperkenalkan kepada panel doktor
dan mengucapkan terima kasih di atas rawatan baik yang diberikan kepada
saya,” kata Anwar menerusi akaun Facebook miliknya pada Sabtu.
Pada 8 Julai lalu, Anwar menjalani pembedahan tulang belakang dan menjalani pembedahan lain di bahu kanannya pada 12 Julai.
Beliau sebelum ini mengalami ‘lumbar central stenosis’, keadaan di mana
saluran tulang belakang sempit sehingga menyebabkan rasa sakit dan
kebas.
Mengulas perkara tersebut, Anwar turut menyatakan, panel doktor berpuas
hati dengan tahap kemajuan kesihatan dan mengizinkan beliau berlepas
pulang ke tanah air.
Sebelum itu, Anwar juga menerima kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan,
Datuk Dr Zulkifli Mohamad dan melahirkan rasa terharu beliau atas
lawatan tersebut.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Twitter, Zulkifli berkata,
beliau mengambil sedikit masa ketika menghadiri Multaqa al-Aqsa di
Istanbul untuk melawat Anwar.
"Alhamdulillah, keadaannya beransur pulih. Pelbagai isu- isu global umat Islam sempat dibincangkan bersama.
"Semoga Datuk Seri Anwar segera sembuh dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia serta dunia Islam amnya," katanya.
No comments:
Post a Comment