Ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk jemaah
menteri kabinetnya selepas PRU14, timbul persoalan mengapa Anggota
Parlimen Damansara Tony Pua tidak terpilih menjadi menteri.
Pua yang menang majoriti parlimen paling besar
dalam PRU14 itu terkenal pengkritik hebat skandal 1MDB dan pernah
menjadi anggota Jawatankuasa Akaun Kira-kira Awam (PAC) yang ditugaskan
menyiasat syarikat pelaburan dana negara itu.
Pada suatu forum di kawasan parlimennya hari ini, Tony Pua
mendedahkan sebab beliau tidak terpilih sebagai jemaah menteri adalah
kerana beliau memilih berada dalam kerajaan sebagai pegawai khas kepada
Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
"Ia pilihan dan saya fikir ia pilihan tepat kerana kementerian
kewangan sangat besar. Tiada seorang pun yang dapat mentadbirnya
bersendirian.
"(Kami perlu untuk) bekerja dengan pegawai kementerian, melihat
dasar-dasar, isu-isu... saya fikir keberadaan saya di situ membolehkan
keadaan dapat diatur dnegan pantas.
"Itulah keputusan yang menggembirakan saya," kata beliau memberitahu forum anjuran DAP di Petaling Jaya hari ini.
Jadi 'macai' bantu Guan Eng
Pua dan MP Bangi Ong Kian Ming dilantik menjadi pegawai khas Lim bermula 22 Mei lalu tanpa sebarang bayaran.
Kemudian, Ong dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan dan industri.
Menurut Pua kerja-kerjanya di kementerian kewangan lebih memberi
kepuasan berbanding menjadi menteri atau timbalan menteri, maka sebab
itulah beliau tidak dinamakan DAP dalam senarai cadangan menteri.
"Cukup jelas, mungkin saya boleh berbuat lebih banyak dengan menjadi
'macai' membantu Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan melakukan
perkara-perkara yang saya baik, melakukan perkara-perkara yang saya suka
lakukan dan mendapat banyak kepuasan berbanding mengambil jawatan
menteri atau timbalan menteri..."
"Bukanlah saya ini dipinggirkan parti, parti tidak mahu saya atau apa
saja. Saya sendiri yang menaip (senarai menteri DAP) itu," katanya.
No comments:
Post a Comment