NEW DELHI - INDIA. Seorang ibu kepada dua anak diperkosa bergilir-gilir
oleh lima lelaki dan turut dibakar hidup-hidup dalam sebuah kuil di
Sambhal, Uttar Pradesh.
Akhbar Times of India melaporkan kesemua suspek memecah masuk ke dalam
rumah mangsa berusia 35 tahun itu pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan)
sebelum merogolnya, semalam.
Menurut suami wanita itu, isterinya ada menghubungi talian perkhidmatan
kecemasan, namun tiada pihak yang menjawab panggilan itu.
Dia kemudiannya menghantar mesej kepada sepupunya untuk memaklumkan
tentang insiden itu. Apabila penyerang itu kembali semula, mereka
membawanya ke kuil berhampiran dan membakarnya tanpa perikemanusiaan.
Difahamkan, klip audio daripada panggilan terakhir mangsa akan dijadikan sebagai bahan bukti kes tersebut.
Kesemua suspek tidak berhati perut itu telah dikenal pasti dan turut tinggal di kampung didiami mangsa.
Susulan itu, jurucakap polis, Inspektor Varun Kumar memberitahu, pihak
berkuasa kini memburu kesemua lelaki terbabit selepas ia menjadi kes
rogol terbaharu didaftarkan di India.
Perkara itu turut mendapat pelbagai reaksi di media sosial yang kecewa
dengan sikap tidak ambil peduli kerajaan dan polis dalam mengendalikan
kes tersebut.
Ramai pihak mengkritik parti Bhatatiya Janta (BJP) dan kempen 'Beti
Bachao' (Selamatkan anak perempuan kita) yang didakwa gagal memastikan
keselamatan golongan wanita di negara itu.
Kaji selidik dibuat Yayasan Thomson Reuters pada awal tahun lalu
mendapati India dinamakan sebagai negara paling bahaya untuk wanita di
mana 106 kes rogol berlaku pada setiap hari. - Agensi
No comments:
Post a Comment