(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - "Saya dah mengharumkan nama Perak bertahun-tahun, majukan
sekolah tahfiz saya bertahun-tahun. Tapi kalau macam ini layanan
diberikan kepada saya, tidak mengapalah. Saya buat kerja untuk Tuhan.”
Demikian reaksi Datuk Mohd Kazim Elias yang kelihatan kecewa apabila
sehingga kini kerajaan negeri masih belum menghubunginya dalam proses
mengambil alih pusat tahfiz tersebut.
Beliau berkata, situasi sebegitu menyebabkan pendakwah itu kini tidak
lagi meletakkan sebarang harapan, namun memaklumkan pusat pengajian
tersebut akan mempunyai pengurusan baharu bermula 1 September nanti.
Menurutnya, bangunan yang dikatakan akan dijual di pusat tahfiz itu
juga akan diserahkan sepenuhnya kepada pengurusan baharu tanpa dikenakan
bayaran atau sewa, cuma sambung menguruskannya sahaja.
"Macam saya cakap sebelum ini, sebelum saya nak jual, saya nak minta
pengusaha tahfiz ambil alih sekolah saya tapi mereka tidak sanggup.
Selepas isu ini tular, ada satu maahad tahfiz sanggup ambil alih pada 1
September ini.
"Saya tiada lagi unit tahfiz di sekolah tersebut dan akan memberi
tumpuan kepada sekolah pondok sedia ada. Saya tak ambil bayaran pun bila
mereka ambil alih. Mereka nak ambil alih pun saya bersyukur dah,”
katanya ketika ditemui selepas selesai wacana, semalam.
Mohd Kazim berkata, beliau bersedia bertemu dengan kerajaan negeri
berhubung soal pengambil alihan sekolahnya, namun sehingga kini tiada
perkembangan positif daripada kerajaan negeri.
Lebih mengecewakan, katanya, ada pihak yang sebelum ini sedia membantu
Pusat Tahfiz Al Barakah, bagaimanapun mengundurkan diri sebaik kerajaan
negeri mengumumkan akan membantu pusat pengajian tersebut.
Guna nama Alah . . .guna nama Agama lagi🤗🤗🤗🤗
ReplyDeleteUstaz. . .janganlah lagi berpolitik sehingga terlepas cakap "tak nak duk Malaysia kalau PH Memerintah"
Tak baik. . . . "USTAZ"