PEMILIHAN PKR | Angkatan Muda
Keadilan (AMK) menegaskan, "budaya kabilah kronisme dalam PKR kian
membarah dan akan membunuh gerakan reformasi secara perlahan-lahan jika
tidak ditangani dengan cermat."
"Para pimpinan PKR bertanggungjawab untuk mempertahankan prinsip
reformasi dengan membawa semangat keadilan dan ketelusan terlebih lagi
menerapkan prinsip ini ke dalam pemerintahan sebuah kerajaan.
"Prinsip ini seakan dicemari tatkala segelintir pimpinan mula
bersikap seperti "si kaduk naik junjung" apabila diberikan kuasa
terlebih lagi selepas PKR menjadi sebahagian daripada kerajaan
persekutuan.
"Agihan kuasa tanpa meritokrasi yang hanya tertumpu kepada kabilah
tertentu merosakkan perjuangan reformasi," kata Penolong Setiausaha AMK,
Syed Badli Syed Osman dalam suatu kenyataan hari ini.
Mengenai peribahasa "kaduk naik junjung" ini, walaupun Syed Badli
tidak menyebut sebarang nama, namun dipercayai kenyataan itu merujuk
beberapa pimpinan PKR yang kini memegang jawatan menteri persekutuan.
Setia pada Anwar
Dalam kenyataan yang difahamkan berkaitan dengan pemilihan PKR ini,
Syed Badli menggesa anggota parti setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan memilih timbalan presiden PKR yang tidak bercita-cita tinggi demi
tembolok sendiri.
"Justeru persoalan utama kini adalah siapa yang mampu untuk mendukung
prinsip reformasi dan memastikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden.
"Anwar perlu disokong oleh orang nombor dua yang diyakini mampu
mempermudahkan perjalanan PKR dan bukannya individu yang bercita-cita
tinggi demi tembolok dan kabilah sendiri," katanya lagi.
Semalam, Naib Presiden PKR Tian Chua dalam wawancara bersama Malaysiakini menjelaskan
Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kurang aktif
berkempen dalam pemilihan kerana memfokuskan pada urusan pentadbiran
kerajaan.
"Kami tidak boleh mengabaikan semua keja pentadbiran untuk
pertandingan jawatan parti kami dan mengecewakan orang ramai," katanya
yang akan mempertahankan jawatan pada pemilihan kali ini.
Selain Azmin yang menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Zuraida Kamaruddin dan Dr A Xavier Jayakumar juga di dalam kabinet.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail pula dilaporkan dalam kem calon timbalan
presiden PKR, Rafizi Ramli. Bagaimanapun, Saifuddin tidak bertanding
dalam pemilihan
Terdapat 12 calon yang menyasarkan jawatan naib presiden PKR, termasuk lapan orang daripada kem Azmin dan Rafizi.
Kem Azmin menawarkan Chua, Xavier, Zuraida dan Shamsul Iskandar Md
Akin manakala kem Rafizi menawarkan Nurul Izzah Anwar, Datuk Johari
Abdul, William Leong dan S Kesavan untuk jawatan.
Setakat ini, Rafizi telah berkempen secara aktif di Sabah, Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tetapi terdapat
sedikit bukti bahawa mereka yang bersekutu dengan Azmin melakukan
perkara yang sama
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment