Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menjawab
kebimbangan pelabur China berhubung perubahan kerajaan di Malaysia
selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.
Bercakap pada Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di Beijing,
Mahathir berkata keputusan kerajaan Pakatan Harapan mengkaji semula
projek-projek tertentu bukan bertujuan untuk menentang China, sebaliknya
ia dibuat oleh kerajaan terdahulu.
"Saya jelaskan tadi apa yang Malaysia maksudkan dengan FDI (Pelaburan
langsung asing). Ia mengenai orang asing yang datang bersama teknologi,
untuk menyediakan kilang-kilang di Malaysia dan mengupah rakyat
Malaysia untuk menghasilkan barangan.
"Tetapi apabila kerajaan Malaysia (sebelum ini) meminjam wang untuk
membina infrastruktur yang tidak mampu, itu tentu tidak baik untuk
Malaysia.
"Ini bukan mengenai orang China, ia adalah mengenai kerajaan Malaysia
sebelum ini. Mereka meminjam sejumlah besar wang dan sekarang kita
mempunyai masalah untuk cuba membayar balik wang yang mereka pinjam.
"Itu bukan FDI, tetapi rakyat Malaysia yang bermain-main dengan wang
tanpa melakukan kajian kebolehlaksanaan dan usaha yang sepatutnya,"
katanya.
Mahathir menjawab soalan mengenai kebimbangan berhubung langkah
pentadbiran HARAPAN mengkaji beberapa projek dan sama ada pelaburan
China masih dialu-alukan di Malaysia
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment