(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datik Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail menyatakan rasa kurang senang dengan pelantikan bekas Ketua Polis
Negara, Tan Sri Rahim Noor sebagai fasilitator baharu dalam rundingan
damai wilayah selatan Thailand.
Namun begitu, katanya, kuasa melantik individu tersebut adalah hak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, Dr Mahathir memilih Rahim kerana pengalamannya terutama
dalam memainkan peranan penting dalam menjayakan Perjanjian Damai Hat
Yai antara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya.
"Apabila beliau (Dr Mahathir) bertanya saya, saya memberitahu beliau
(saya kurang senang), tetapi saya kata itu hak beliau membuat keputusan.
"Sesiapa yang dipilih, mereka perlu memastikan keberhasilannya
(rundingan damai Selatan Thailand)," katanya dalam satu wawancara
bersama sebuah stesen radio, hari ini.
Rahim sebelum ini mengesahkan pelantikannya sebagai fasilitator baharu dalam rundingan damai wilayah selatan Thailand.
Rahim, 75, menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim yang sebelum
ini dilantik kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional untuk menjadi
fasilitator rundingan damai tersebut antara MARA Patani dan kerajaan
Thailand.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rahim Noh dilantik fasilitator rundingan damai selatan Thai]
Susulan pelantikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membantah
pelantikan Abdul Rahim sebagai fasilitator baharu rundingan damai
selatan Thailand.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menyifatkan Abdul Rahim sebagai
seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki tidak bersalah (bekas
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)
[ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah bantah pelantikan Rahim Noor]
Menjawab kepada perkara tersebut, Rahim menyatakan peristiwa 'mata
lebam' Anwar pada 1998 tidak relevan dalam pelantikannya sebagai
fasilitator rundingan damai wilayah selatan Thailand.
Beliau menyifatkan ia sebagai peristiwa lama, beliau percaya kerajaan
memilihnya atas peranannya ketika rundingan damai dengan Parti Komunis
Malaya pada 1989.
[ARTIKEL BERKAITAN: Peristiwa 'mata lebam' tidak relevan]
Mmg susah nk lupa apa yg berlaky dahulu. Mungkinkah mahathir sedang uji kepercayaan pkr?
ReplyDeletebankami.blogspot.com
Imej parti boleh tercalar kerana seorg pemimpin.
ReplyDelete