PEMILIHAN PKR | Naib Presiden
PKR, Dr Xavier Jeyakumar membidas anggota parlimen Johor Bahru, Akmal
Nasir berikutan serangan yang dibuat terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Saya nak menasihati orang-orang muda ini. Saya sebagai orang yang lama dalam parti.
"Pemilihan parti ini adalah antara keluarga. You nak jadi champion,
hero, untuk sementara waktu saja, tak payah," kata Xavier yang juga
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli kepada wartawan semasa berkempen
untuk calon HARAPAN, Halimey Abu Bakar Seri Setia.
Xavier berkata, parti itu harus bersatu dan menerima sebarang
keputusan pemilihan yang akan dimumkan pada kongres tahunannya pada
November ini.
"Parti ini telah melalui semua sekatan, kesusahan dan sebagainya
untuk kita sekarang memerintah negara dan beberapa negeri. Kuasa itu
diberi oleh rakyat.
"Tanggungjawab itu berat. Jadi orang- orang muda ni yang nak champion diri
sendiri, yang baru masuk parti dan sebagainya, mereka kena jaga,"
katanya yang turut mempertahankan jawatan sebagai naib presiden.
Anggota parlimen Kuala Langat itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Akmal dalam sebuah forum malam tadi.
Akmal yang merupakan calon bagi ketua pemuda PKR mempersoalkan kesetiaan Azmin terhadap presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini katanya berikutan kelewatan Azmin mengumumkan pencalonan sebagai
orang kedua terpenting PKR, ketika spekulasi mengatakan bekas menteri
besar Selangor itu mungkin mencabar Anwar bagi jawatan presiden.
Azmin hanya mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada 5 Ogos,
iaitu pada hari penamaan calon bagi jawatan kepimpinan pusat PKR.
Sebelum ini, seorang anggota parlimen PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid
mendakwa Azmin berpakat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
dan penasihatnya, Tun Daim Zainuddin untuk menghalang Anwar menjadi
perdana menteri.
Bagaimanapun, Azmin dan Anwar menolak dakwaan tersebut.
Malaysiakini
Biasalah budak baru nak up. Emosi dia belum stabil.. Adrenalin lebih..
ReplyDeletebankami.blogspot.com