(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - 'Jika benar Ketua Pengarah Kastam (Datuk Seri T
Subromaniam) boleh mengesahkan makanan bayi dan keranda kayu,
kedua-duanya dikecualikan daripada cukai jualan berdasarkan semakan
terbaru, maka rakyat boleh berterima kasih kepada beliau.'
Demikian ‘sindiran’ Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
yang membalas kenyataan Subromaniam semalam berhubung isu cukai
dikenakan terhadap keranda kayu dan makanan bayi seperti didedahkan
baru-baru ini.
Menurut Ka Siong, Subromaniam turut mendakwa kenyataannya mengelirukan
rakyat sedangkan maklumat tersebut diperolehi dari senarai yang boleh
didapati dalam laman web MySST.
“Peti kayu (tempat simpanan mayat) masih boleh dikenakan cukai 10
peratus. Begitupun, keranda kayu dikecualikan (daripada dikenakan
cukai). Hampir semua akhbar Cina melaporkan perkara tersebut.
“Malah, akhbar Sin Chew turut menerangkan perbezaan antara peti kayu
dengan keranda,” katanya memetik satu laporan media, hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, makanan bayi masih boleh dikenakan
cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak lima peratus dan ia
bercanggah dengan kenyataan Subromaniam semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dah masuk lubang kubur pun kena bayar GST ke?]
Menurutnya, bukan sahaja makanan tersebut boleh dikenakan cukai malah
pakaian bayi, katil bayi dan permainan bayi juga boleh dikenakan cukai
jualan berjumlah 10 peratus.
“Sesetengah makanan bayi seperti biskut penghadaman dan Susu Tepung
Kaya Protein juga boleh dikenakan cukai sebanyak lima peratus mengikut
senarai dalam laman web itu.
“Jika benar semuanya dikecualikan mengikut kenyataan Subromaniam, ia
bermakna usaha saya dan akhbar Cina naikkan isu ini telah membuahkan
hasil,” ujarnya.
Baru-baru ini, Ka Siong mendakwa kerajaan akan mengenakan cukai jualan
dan perkhidmatan (SST) terhadap keranda dan makanan bayi.
Begitupun, Subromaniam menjawab kenyataan tersebut dan berkata keranda
yang diperbuat daripada kayu serta makanan bayi dikecualikan SST
No comments:
Post a Comment