Menteri kewangan berkata 3 soalan ini boleh
menjelaskan peranan Najib selaku menteri kewangan dalam memastikan akaun
amanah GST mempunyai dana mencukupi.
PETALING JAYA: Lim Guan Eng mendesak bekas perdana menteri,
Datuk
Seri Najib Razak menjawab 3 soalan berhubung kekurangan
RM19.25 bilion
dalam akaun amanah GST, atau Tabung Bayaran Balik GST.
Menteri kewangan berkata kekurangan itu mengakibatkan sebanyak
121,429 syarikat dan individu tidak menerima bayaran balik GST sejak
2015, yang dianggarkan berjumlah RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018.
“Pertama, adakah Najib meluluskan keputusan agar pembayaran balik GST
tidak dibuat dalam masa 2 minggu seperti yang ditetapkan undang-undang?
“Kedua, adakah Najib meluluskan keputusan Tan Sri Mohd Irwan Serigar
untuk tidak memindahkan keseluruhan RM82.9 bilion yang diminta kastam,
tetapi hanya memindahkan RM63.5 bilion sejak 2015?
“Ketiga, adakah Najib memberikan kelulusan agar jumlah pembayaran
balik GST yang tidak dikembalikan sejak 2015 dianggap sebagai hasil
pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?”
Lim berkata 3 soalan ini diajukan kerana Ketua Pengarah Kastam Datuk
Seri T Subromaniam berkata kastam telah menuntut wang tersebut daripada
Jawatankuasa Tabung Bayaran Balik GST yang dipengerusikan Irwan, ketua
setiausaha Perbendaharaan ketika itu.
“Sungguhpun segala keputusan dibuat oleh Irwan, Najib masih memainkan
peranan yang penting sebagai menteri kewangan dalam memastikan Tabung
Bayaran Balik GST mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.
Lim berkata kerajaan komited untuk membuat pembayaran balik mulai
tahun depan bagi jumlah dana yang “ditahan secara salah” oleh
pentadbiran lepas.
Najib sebelum ini berkata kerajaan PH mungkin sudah membelanjakan
wang dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan yang sepatutnya disalurkan ke
akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.
Ini kerana kerajaan PH kehilangan pendapatan selama 3 bulan apabila
kadar GST diturunkan ke 0% dan SST belum dilaksanakan, katanya.
Najib meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat kehilangan RM19.25 bilion itu
No comments:
Post a Comment