BAITULMAQDIS - PALESTIN. Israel dilapor menebuk dan memecahkan dinding
tembok Kota Lama di Baitulmaqdis untuk membina laluan baharu berhampiran
Gerbang Damsyik.
Sumber Palestin di bandar yang dikepung itu berkata, beberapa pekerja
dari majlis perbandaran telah membuat perubahan di bahagian dalaman
Harat al-Nasara (Christian Quarter) sejak beberapa hari lalu.
Agensi berita Quds Press melaporkan, pengubahsuaian itu dibuat sebagai
akses ke rumah penduduk Kristian di bandar tersebut, namun alasan utama
di sebalik kerja pengubahsuaian itu adalah tidak jelas.
Pemimpin komuniti setempat, Basem Saeed Wajih memberitahu Quds Press
bahawa penduduk tidak dimaklumkan mengenai sebarang kerja pengubahsuaian
di kawasan tersebut.
"Tidak ada! Kami tidak dimaklumkan apa-apa perubahan melibatkan lorong
atau laluan baharu di sini oleh Perbandaran Baitulmaqdis yang ditadbir
Israel," ujarnya.
Israel sebelum ini dengan sewenang-wenangnya kerap memusnahkan infrastruktur di Baitulmaqdis.
Terbaharu, pihak berkuasa Israel memusnahkan kilang percetakan akhbar Palestin di Silwan.
Tentera Israel kemudiannya menahan dan menyerang dua penduduk Palestin yang bertindak merakam kejadian berkenaan.
Awal minggu lalu, Israel turut memusnahkan penempatan Palestin di
kejiranan Sheik Jarrah meskipun tidak mempunyai arahan mahkamah untuk
berbuat demikian.- Middle East Monitor
No comments:
Post a Comment