KONVENSYEN AMANAH |
Dalam kegemilangan berlangsungnya Konvensyen Nasional Amanah yang masuk
hari ketiga hari ini, ada hati yang terluka hingga menyebabkan tumpahnya
air mata.
Cadangan berkenaan menurut Anis Afida dilihat sebagai usul yang akan menyinggung atau mengancam Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan).
“Kami berusaha di dua buah negeri untuk membawa usul menukar (had) umur daripada 30 tahun kepada 35 tahun.
"Kekecewaan kami adalah apabila usul itu dilihat satu perkara yang akan menyinggung kekanda saya dalam sayap Awan.
“Adakah saya yang bersama-sama berjuang di peringkat awal ingin menyinggung dan mencaras kepimpinan sedia ada?
"Kita adalah pelengkap, kepimpinan kata perlu bawa usul ini dalam perbincangan (sebelum dibawa ke perbahasan), perlu bertanya (dahulu) dengan Awan,” katanya.
Penamat politik tak matang
Anis
Afida kemudian menggunakan kesempatan dalam dalam ucapannya itu untuk
bertanya terus kepada seluruh perwakilan Amanah mengenai pandangan
mereka tentang usul tersebut. “Jika usul ini dibawa semalam, adakah kalian setuju jika kita meminta untuk naikkan (umur) ke 35? Bangun jika kalian sokong. Tunjukkan kepada anak muda di depan ini,” katanya disambut dengan sokongan hampir separuh perwakilan yang berdiri.
Untuk rekod walaupun Warda adalah sayap yang ada dalam Amanah, gerakan itu hadir ke konvenyen kali ini hanya sebagai pemerhati.
Hal itu kerana mereka belum didaftarkan secara rasmi sebagai salah satu sayap Amanah yang sah.
Mengulas lanjut, Anis Afida menegaskan usul yang dicadangnya itu bukanlah untuk mencuri kehalian Awan, malah katanya Wardalah yang akan menguatkan Awan pada masa hadapan.
“Tuan-tuan, sayap wanita muda ini lambang masa depan parti kita. Setidak-tidaknya, raikanlah kehadiran mereka, bukan disoal status mereka,” pintanya disambut sorakan hebat hadirin yang hadir.
Hal itu dipercayai merujuk kepada pertanyaan sesetengah perwakilan yang masih keliru tentang status Warda.
Biarpun belum menjadi sayap sah, Warda tetap diberi ruang untuk menyampaikan ucapan pembukaan dan penggulungan dalam konvensyen tersebut.
Buat perwakilan Warda yang hadir, Anis Afida tidak lupa menitipkan nasihat ang disampaikannya bersama linangan air mata.
“Kepada adik-adik, rasailah dan nikmatilah perjuangan yang kita telah buat selama ini. Jangan ulangi kepada kepimpinan muda pada masa akan datang.
“Kitalah pemutus (yang akan menamatkan) kepada politik tidak matang, politik kotor akan ada dalam parti kita pada masa akan datang.
“Kita kena buktikan (bahawa) kritikan dan cabaran mendewasakan wanita muda,” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment