Tuesday, January 4, 2011

INDAHNYA SENYUMAN RASULALLAH SAW

Rasulallah SAW adalah seorang 
pemikir,seorang yang bijaksana,
seorang suami yang baik,
seorang bapa yang penyayang,
seorang sahabat yang setia,
Baginda seorang pahlawan yang hebat.
namun Baginda adalah manusia biasa
yang mempunyai perasaan suka
dan duka,senyum dan tangis.

(Riwayat Al Bukhari,Muslim,Abu Daud 
dan Ahmad):
Daripada Sayidatina Aisyah, 
Katanya" Aku tidak melihat walaupun 
sekali, Rasulallah ketawa berlebihan
hingga terlihat anak lidahnya"

Daripada AbuDzarr,
"Aku pernah melihat Rasulallah SAW
tersenyum hingga terlihat gusinya"

(Riwayat Ibnu Hibban)
Daripada Umar Al Khatab
"Rasulallah SAW tersenyum , Baginda 
adalah orang yang paling
 bagus giginya"

Rasulallah tidak akan ketawa 
berdekah-dekah kerana itu tidak
melambangkan sahsiah seorang
muslim,apatah lagi Baginda seorang
utusan Allah

2 comments: