Drama korea melanda Malaysia dan negara-negara Asia Timur bagaikan cinta sunami.Penonton bergetar dada menunggu masa siaran.Ada penonton yang mendoakan 'janganlah ada siaran tergendala.Senario ini berlaku di kalangan wanita.Hebat kan?
Beratus drama korea membanjiri televisyen negara ini bagaikan cendawan di musim hujan. Drama yang paling hebat yang pernah ditayangkan dinegara ini ialah winter sonata, yang menjadi gilaan wanita hingga sekarang. Cuba bayangkan bagaimana jelita dan kacaknya hero dan heroinnya, bagaimana mantapnya lakonan mereka, dengan diadunkan jalan cerita yang sangat memukau, dan dihidangkan kita pemandangan alam semula jadi yang begitu cantik.
Antara drama-drama yang hebat yang pernah ditayangkan di negara ini ialah:
Autumn in my heart, Full house, Spring walts, My girls, Save the dance for me, Boys over/before flowers, Endless love, stairway to heaven, Baker king, Lucifer dan banyak lagi.
Pengaruh drama korea pada rakyat Malaysia sangat besar. Antaranya nenek-nenek pun telah pandai melayari internet hanya kerana untuk melihat youtube drama korea. Pengaruhnya juga menggamit rakyat Malaysia berkunjung kesana untuk melihat sendiri alam semula jadi yang cantik itu, juga mahu melihat sendiri realiti kehidupan di sana.
Antara sebab musabab yang menjadikan penonton sangat menggilai drama korea ialah:
1.Jalan cerita yang baik, tidak ada persamaan antara satu drama dengan yang lain.
2. Lakunan yang betul-betul mantap dengan memek muka real, tidak over, tidak menangis yang lama hingga keluar hingus yang membuatkan penonton tukar channel.
3.Tidak seorang pun menafikan tentang ketampanan, kacak dan jelitanya artis mereka, disamping saiz yang tinggi.
4. Drama mereka sangat berkualiti, lihat bagaimana ia diolah, pencahayaan, pengarahan, penataan, lagu selingan.semuanya membuatkan penonton menikmati kepuasan menonton.
5.Drama korea tidak ada lawak bodoh yang memualkan.
Ini satu produk perniagaan yang menguntungkan negara mereka. Bolehkah kita tiru? Ataukah kita belum mencapai tamadun itu?
Kita tahu korea mempunyai berpuluh-puluh stesyen televisyen. Jadi penerbit drama bersaing untuk mendapatkan hak siaran. Cara tak langsung mereka terpaksa mengeluarkan drama yang berkualiti.
Kita juga ada Hero Malaya yang kacak dengan lakunan yang mantap.Itu tak dinafikan.
Yang sebetulnya kita kena kaji apa penonton mahu.
ayat yang nenek-nenek pun sanggup buka internet.... tu lah yang paling menerujakan...sy pun suka cerita korea...
ReplyDeleteayat tu mungkin sesuai ngan penulis
ReplyDelete