Pada 25 Dec 2010 lalu satu majlis berendoi
diadakan di Kampong Tradisi, Changlun
dalam suasana yang meriah. Ada dikir
berendoi yang dianggotai oleh lima orang
pendikir. Kanak-kanak yang dibuaikan
bukanlah bayi berumur tujuh hari, tetapi
mereka terdiri dari dua orang bayi yang
berumur 10 bulan dan seorang bayi lagi
berumur enam bulan.
Berendoi, sebenarnya berasal dari perkataan
'endoi' atau buaian, iaitu alat yang digunakan
untuk menidurkan bayi.
Peralatan untuk majlis berendoi ialah endoi,
segelas air untuk seorang bayi, didalam air itu
ditaruh barang kemas, air ini digunakan
untuk mandi bayi, dan sireh pinang yang
diisi dalam tepak sireh
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan solawat
keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Berendoi adalah bentuk persembahan yang
berupa kebudayaan. Lagu-lagunya berbentuk
nasihat kepada ibu bapa dan kanak-kanak.
Kebanyakkan lagunya dipersembahkan dalam
Bahasa Arab
Kebiasaannya adat berendoi atau buai bayi
ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan
atau kesyukuran menyambut kelahiran
cahaya mata. Masa dulu majlis berendoi
dilakukan sempena majlis cukur rambut bayi
yang berumur tujuh hari. Masa sekarang
keadaan telah berubah kerana berendoi juga
dilakukan keatas kanak-kanak yang telah besar
sehingga berusia setahun, kerana berendoi
tidak menghadkan berapa sepatutnya umur
kanak-kanak itu. Ianya bergantung kepada
kelapangan masa ibu bapa untuk melakukannya
Lagu-lagu berendoi atau dendang Siti Fatimah ini
mengandungi kata-kata pujian keatas Rasulallah
SAW, juga diselit perihal betapa peritnya ibu
mengandung dan melahirkan anak. Ada juga
senikata yang direka cipta oleh kumpulan itu sendiri
untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
Antara lagu-lagu yang dibawa dalam majlis
berendoi ialah : ayuhai anak jangan derhaka,
anak didalam buaian, ayuhai anak cahaya mata,
kebesaran Allah, Tuhan Rabbul 'alamin, juga
mengenai peribadi dan riwayat hidup junjungan
Nabi Muhammad SAW serta anakanda Baginda
Siti Fatimah.
Masa yang diambil untuk berdikir boleh
mencapai sehingga 2 jam, ini bergantung kepada
kehendak tuan rumah. Lagu-lagu yang
didendangkan ada sehingga sepuluh lagu.
Pendikir-pendikir ini mempunyai suara yang
lunak dan nyaring.
Buh la gambaq berendoi tu
ReplyDelete