Saturday, January 29, 2011

Membunuh Tikus

   hai geng, mana anak-anak semua? tah ka pi dok selongkar lauk


Tikus adalah binatang perosak. Suka menggigit, merosakkan barang-barang kesayangan kita, sejenis binatang yang busuk, tabiat   suka buang najis merata-rata. Ini adalah fakta

berjaga-jaga, jika termakan, terminum, makanan ke, minuman ke, yang terkena 'kencing tikus', alamat aruahlah kita.

Tikus akan masuk ke rumah kita melalui saluran air, lubang najis, ini dah pasti sangat menjijikkan.

Adakah anda ada tips yang senang untuk membunuhnya. Tolong ceritakan.
Kalau bubuh racun, matinya akan busuk serumah ,andai cari bangkai tak jumpa. Satu-satu cara tahan perangkap. kalau dah masuk perangkap macamana pulak nak bunuh. Bakar atau tuang air panas dah tentu berdosa. Cuma jemur di panas yang terik saja caranya kot.

Saya tanya pada ustaz 'Apa hukum membunuh tikus'
Jawabnya  sama macam ulama-ulama lain jawab jugak. Dah memang hukumnya macam tu.

Membunuh tikus, ular dan binatang sejenis dengannya  adalah dibolehkan, kerana binatang tersebut bersifat mengganggu, perosak. Hal ini berdasarkan sabda Rasulallah SAW.
" Lima haiwan perosak yang boleh dibunuh di luar tanah suci dan di tanah suci, iaitu ular, gagak, tikus, serigala dan rajawali (Muttafaqun 'alaihi).

Di tanah suci pun boleh kita bunuh tikus, apa lagi di dalam rumah kita.  Bunuhhhhh.

Ni   binatang apa pulak ? pelik nampak. Muka macam kambing.
Sebenarnya ini adalah spesis tikus yang dijumpai di kawah gunung berapi yang telah mati di Southern Highland Papua New Guinea.
Di katakan ini tikus yang paling besar di dunia. Beratnya 1.5 kg  ,dan panjangnya 82 sentimeter, panjang tu.

Tikus ini berbulu tebal, warna kelabu. Ia sangat jinak dan jenis vegetarian. Nama ilmiahnya belum ditemui.

Tikus ini ditemui ketika satu pasukan ekspidisi menjelajah hutan untuk membuat filem "Lost Land of The Volcano. (Program BBC).

ini pun dijumpai ditempat yang sama. Salah satu tikus yang terbesar di dunia. Sama jinak dan jenis vegetarian

Binatang ini pula nampak macam gajah, tapi bukan gajah. Teka! apakah dia ?. Jawabnya   '  gajah tikus raksaksa'. Ia ditemui melalui kamera perangkap di hutan Boni-Dodori, Kenya. Ia diyakini menjadi spesis tikus baru, atau dikenali sebagai 'tikus gajah kasturi (Macroscelidea).

Ada orang yang suka pelihara tikus sebagai binatang kesayangan. Anda?

4 comments:

  1. berjaga2 dengan air kencing tikus

    ReplyDelete
  2. kena air kencing tikus jwbnya maut

    ReplyDelete
  3. perangkap adalah cara terbaik kot..kalau nak pikirkan humanity, lepaskan dia kembali dalam hutan...kalau malas jemurkan di panas terik...kat UK dulu, ada sejenis gam yang diletakkan di tepi2 dinding atau tempat laluan tikus memang dia akan melekat disitu..satu hal pulak nak amik n buang,...geli kan...

    ReplyDelete