Monday, January 31, 2011

Video Lucah: Ariel Peterpan Dipenjara 3 Tahun

Suspek kes video lucah Najriel Irham atau lebih dikenali Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun setengah (ditolak masa tahanan) beserta denda RP250 juta (RM85,000).

Hakim Gedung Pengadilan Negeri Bandung, Indonesia, Singgih Budi
Prakoso menjatuhkan hukuman itu selepas penyanyi terkenal itu terbukti secara sah dan meyakinkan terlibat menyebarkan dan membuat pornografi.

Hukuman itu jauh lebih rendah daripada pihak pendakwaan yang mahukan Najriel dikenakan hukuman lima tahun  dan tiga bulan penjara, lapor agensi berita IndonesiaANTARA.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah menimbangkan bahawa tertuduh masih muda dan tidak pernah terlibat melanggar undang-undang sebelum ini.

Najriel diberikan tempoh tujuh hari untuk mengemukakan rayuannya .
-malaysiakini-

1 comment: