Saya petik(HM) Alor Setar: Seorang nenek berusia 51 tahun dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 24 tahun di sebuah hotel murah di Shahab Perdana, di sini malam kelmarin.
Nenek itu sanggup menyewa di hotel tersebut selepas membuat temu janji dengan pemuda tersebut.
Difahamkan mereka berkenalan selepas salah seorang daripada mereka tersalah mendail nombor telefon sebelum hubungan itu diteruskan sehingga pertemuan di hotel berkenaan.
Mereka dicekup berkalwat oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah ( JAIK ) yang membuat pemeriksaan di hotel itu kira-kira jam 2 pagi.
Ketika pemeriksaan keadaan dalam bilik itu gelap dan diterangi cahaya television, dan ketika lampu dibuka, anggota penguatkuasa mendapati seorang laki-laki yang hanya berseluar jeans tanpa baju di katil.
Hasil pemeriksaan menemui seluar dalam, dipercayai kepunyaan wanita tersebut.
Apabila disoalsiasat, pasangan itu mengaku bukan muharram menyebabkan mereka ditahan kerana dishaki berkhalwat.
Wanita itu memberi alasan hanya berbual dengan pasangannya di bilik itu selepas keluar berjalan-jalan bersama dan singgah di hotel itu dengan mendaftar namanya untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
Ya Allah lindungilah keluarga aku dari terjebak begini
ReplyDelete