Monday, February 14, 2011
AMENG MENGAKU BERSALAH ATAS DUA TUDUHAN MEMILIKI DADAH
MELAKA - Penyanyi Kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ameng, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail , penyanyi Kumpulan Spring mengaku bersalah hari ini atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini
Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria mengilut Seksyen 6, Akta Dadah berbahaya 1952. Dia boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) , Akta yang sama dan dibaca bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pada pertuduhan pertama beliau mengaku bersalah kerana memiliki kanabis, seberat 122 gram semasa di dalam sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Feb 2011 lalu , lebih kurang pukul 5.20 petang.
Beliau menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun juga akan kena tidak kurang dari 10 sebatan.
Bagi kesalahan kedua pula pada waktu, tarikh dan tempat yang sama, dia dituduh memiliki dadah methamphetamine seberat 1 gram.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kira takdir dan suratan jugak. sentiasa ingat Allah.Cari rezeki yg halal
ReplyDeleteapa-apa pun cari jalan yang diredzai Allah
ReplyDeleteakhirnya mengaku juga dia
ReplyDelete