Monday, February 7, 2011

Sekolah Kebangsaan RPS Dala, Sekolah Anak-Anak Orang Asli

Ni kami sedang menunggu 4 wheel drive milik Jabatan Pelajaran Gerik untuk dihantar ke sekolah. Pakatlah dok melonggoh ( duduk ) kat kaki lima PPD ni sementara pajero nak sampai. Ni semua bukan pelarian Mianmar ya.... no no no . kami guru pelatih yang kental yang mahu mendidik kaum asli untuk mengejar tamadun bangsa. Bukanlah bermaksud depa tu tak dak tamaddun. Cuma guna ayat pelembut bahasa. Tak per kot. Kita ni pun bukanlah bertamaddun sangat, cuma lebih sikit dari depa je. Setuju tak? Tah ke marah kata kita kurang tamaddun. Kalau nak dibandingkan ngan Thailand, Singapura kita dah jauh ketinggalan dari segi pendidikan. Tak caya? Pi melawat.


Tu gambar di atas tu gambar sekolah yang diambil dari permukaan tasik. Hebat kan nampak? macam ngan Lake District lagik. Ada sesapa yang dah sampai kat Lake District ? Kat mana ? Jauh nun.

Di hulu Perak, Gerik terdapat beberapa buah sekolah anak-anak  orang asli. Antaranya :
  Sekolah Kebangsaan Temar.
  Sekolah Kebangsaan RPS Air Banun.
  Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang
  Sekolah kebangsaan RPS Dala

Sekolah Kebangsaan RPS Dala
Sekolah ini terletak di penempatan orang asli Kaum Temiar. Terletak kira-kira 50km dari Pekan Gerik. Perjalanan ke sekolah dari Pekan Gerik mengambil masa kira-kira 1 jam  numpang pajero. Perjalanan agak sukar, terpaksa melalui beberapa ladang kelapa sawit, ladang getah dan kawasan pembalakan. Jadinya tak payah diterjemahkan lagilah, guru-guru yang mengajar di sini terdiri dari guru-guru yang berdedikasi, semangat kental, mantap dan cemerlang. Tak gitu ?
Tapi kalau nak dibandingkan dengan SK Temar dua kali teruk daripada ni lagi. Cuba bayangkan.

Jom kita pi ikut jalan darat;
Melambung-lambung juga punggung aku menunggang EX5 milik Badrul. Perjalanan sekitar 30 minit pada kelajuan sakit pinggang. 45 minit pada kelajuan normal. Pilih yang mana satu. Sekitar kira-kira 30km perjalanan ladang dan tanah merah, tambah kira-kira 15km lagi jalan tar ke Gerik. Kalau musim hujan kena bawa persalinan sebab selut/lumpur sampai ke kepala. Bayangkan! bayangkan....

Jalan Air ?
Jalan air ni bosan sikit. Naik bot jabatan. Tapi bukan tiap-tiap hari. Bot yang boleh tumpang tiap-tiap hari tu milik orang pesendirian. Boleh tumpang sebab tuan bot tu orangnya baik, peramah, amanah dan beriman. Jangan bimbang. Boleh gak tengok anak toman melompat-lompat ambil nafas. Kalaulah ada sesapa minat mancing...wah! mak, datok...syoknya. Perjalanan dengan bot ni mengambil masa kira-kira 45 minit je.

Di sini ada kuaters guru. Bangunan yang diubahsuai. Kami tumpang duduk di kuaters guru. Satu untuk lelaki dan satu lagi untuk pompuan. Bulan puasa kami tumpang makan cikgu pompuan masak. Pandai depa masak, memang sedap hingga menggigit jari. Hebat, hebat! Masa lapang pergi gaklah mancing. Suka  suka, riadzoh.

 Hari ni Sabtu ganti. Dari jumlah keseluruhan murid 224 orang, yang datang hanya 17 orang. Cuba hitung panjang, berapa murid dalam satu kelas ?   Hari Sabtu depa nak dok rumah, main-main ngan adik, lepak-lepak, lompat-lompat. Dok di sekolah pun depa tak mau belajar, tapi cikgu nak ajar jugak. Ni yang masalahnya. Dah kewajipan kan ? Kalau sorang pun kena ajar jugak. Ini akta pendidikan. Time rehat pulak depa nak dok dalam kelas. Cikgu kena awaslah jugak, kot-kot depa boxing nanti. Dahsyat, dahsyat.
gambar hiasan



cukup sampai di sini dulu.
Nusantarian.link dari indahkhabar

4 comments:

  1. wau. leh jugak kenal adat istiadat org asli

    ReplyDelete
  2. Dh p dh..xdela extrem mane..jln kebun je..nk compare dgn kuala mu,gedong tenau jauh ler beze..kemar pn naik bot je

    ReplyDelete
  3. Salam, nk Tanya kampung org asli dekat gerik di mana ya? Saya nak buat CSR

    ReplyDelete