Monday, March 21, 2011

Anwar:Saya Bukan Orang Dalam Video Lucah

 Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menafikan dengan sekeras-kerasnya yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi tadi oleh orang yang bernama Datuk K.

Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Pada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video." Malaysiakini

Silap teknik lagi la pulak Umno ni. Silap cari hero perut buncit. Hadoiii. Apa lagi fitnah hang nak terima Anwar oii. Pemfitnah ni, rasanya depa fikir dah tak dak akhirat dah kot. 

Apa-apa pun kami tau itu adalah fitnah. Kami tetap percaya kamu. Kami tetap sokong kamu. Itu janji kami.

5 comments:

  1. hoiii kantoi lagi depa.padan muka depa

    ReplyDelete
  2. Huhuhuhu..sy sokom idahhh!!!! huhu..kebenaran tetap di pihak yang benar. yang salah tetap slah. sungguh fitnah itu lebih teruk dari membunuh..!!!

    ReplyDelete
  3. salah langkah memang akan membodohkan diri sendiri..pastu nak sorok muka bawah kain selimut..pirrahhhhh..

    ReplyDelete
  4. dendidi datuk T dan penyewa bilik hotel dah terbongkar

    ReplyDelete
  5. identiti datuk T ngan orang yg sewa bilik hotel tu dah terbongkar.Depa orang umno

    ReplyDelete