Kahirah - Pesawat-pesawat tempur Barat telah melancarkan bom ke sasaran-sasaran awam di ibu kota Libya, Tripoli, menurut saluran TV satelit Al Jamahiriya Libya Sabtu. Media Libya lainnya melaporkan bahawa depo-depo minyak dekat kota Misrata juga dibom. "Seluruh wilayah itu dalam bahaya kebakaran," kata Pejabat Berita Libya Jana.
Dalam satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju melancarkan serangan ke atas Libya. Peranchis mengambil peranan utama dalam tanggungjawab terhadap serangan itu. Serangan terhadap tentera Moammar Ghadafi dimulakan oleh tentera AS, Peranchis dan Britain. Peranchis menghantar miragenya ke angkasa Libya.
Dalam serangan itu Peranchis telah memusnahkan empat kereta tangki pemerintah Libya di Kawasan pemberontak. Dalam pertemuan darurat di Cobra, Cameron mereka menyatakan tindakan yang diambil terhadap Libya adalah sah.
Amerika Syarikat telah menembak lebih dari 100 Tomahawk ke lokasi pertahanan udara Gaddafi dari kapal perangnya, kata Laksamana AS William Gortney. Operasi AS bernama "Odyssey Fajar". Negara-negara lain termasuk Kanada, Denmark, Spanyol dan Norway telah mengirim jet-jet mereka ke Libya, sementara Itali memberi kebenaran menggunakan pengkalan udaranya seperti Sigonella di Sisilia dan Aviano di utara untuk memulakan serangan.
Kapal-kapal US yang terlibat dalam serangan itu ialah USS Stout, USS Barry, USS providence, USS Sctranton, dan USS Florida. Satu kapal dari Britain iaitu Britain Westminster
Ketua Parlimen Libya, Abul Qasim al-Zuai, mengutuk serangan udara Barat terhadap negaranya sebagai aksi " biadab" kerana Tripoli mengumumkan gencatan senjata dalam perangnya terhadap kumpulan bersenjata di bahagian timur negara itu. Serangan Negara-negara barat itu menyebabkan kerosakan teruk terhadap infrastruktur dan harta awam, juga menyebabkan ramai mangsa terlantar di rumah sakit
AS ni nak cari alasan nak serang Libya la tu. Dhala upah pemberontak. Ish2. Nampak gayanya obama ni sama je cam presiden yang sebelumnya. Gaddafi ni baik sebenarnya. Dia samalah dgn Ahmadinejad yg mnentang AS. AS ni marah sgt2 kat dorang. Huhu. Plus AS takut dgn dorang.
ReplyDeletekalau brand amerika tak kira islam ke kristian sama saja.depa nak minyak je.negeri yg tak dak kepentingan depa, peranglah sampai mati habis pun depa tak kisah sangat.
ReplyDelete