Mizz Nina,32 dan Noh, 27 vokalis kumpulam Hujan yang telah mengikat tali pertunangan pada 6 November tahun lalu dijangka akan diijab kabul pada 1 Julai 2011.
Upacara akad nikah akan dijalankan secara tertutup di rumah keluarganya, hanya untuk keluarga dan sahabat terdekat. Katanya mereka nakkan privasi.
Perkenalan mereka selama dua tahun membuahkan hasil cinta sejati. Diberitakan hubungan mereka menjadi intim apabila Noh terlibat secara langsung dalam pembikinan album Mizz Nina.
Berdasarkan perbincangan oleh kedua belah pihak pada majlis pertunangan mereka, Nina bakal menerima mas kahwin sebanyak RM888.88 manakala wang hantaran pula lebih RM11,000.
Dia memilih 1 Julai sebagai tarikh keramat kerana tarikh itu berbetulan dengan tarikh ulang tahun kelahirannya .
Dia dikatakan akan membuat tiga resepsi pada tarikh berlainan.
“Dekorasi pada malam 1 Julai itu, pastinya sungguh romantis. Ideanya ialah kita buat jambatan di tengah-tengah kolam renang. Itu sahaja, selebihnya perlu rahsia,” terangnya yang memilih tema klasik berwarna hitam dan putih. Potongan busana adalah dari pereka fesyen keluarganya ‘Lady Jane’
Sementara itu, majlis resepsi secara tertutup bagi golongan VVIP terutama kenalan keluarganya akan diraikan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Mizz Nina memilih Hotel Double Tree by Hilton Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sebagai ruang meraikannya kegembiraan bersama media dan rakan-rakan.
Kehadirannya di pentas persandingan kelak, pasti akan menjadi tatapan golongan korporat. Mungkin inilah sebabnya Mizz Nina sekeluarga memilih untuk mengadakan tiga majlis berlainan lokasi untuk memberi kepuasan kepada jemputan bersama meraikan detik bersejarah itu.
Satu lagi majlis resepsi khas untuk teman-teman artis dan media akan diadakan pada 6 Julai.
Beberapa artis termasuk artis Indonesia akan dijemput membuat persembahan.
Beberapa artis termasuk artis Indonesia akan dijemput membuat persembahan.
Majlis resepsi ketiga agak unik sikit. Ia menetapkan tema ala Jepun, kerana mereka berdua sangat minat dengan stail Jepun. Katanya , tetamu yang hadir dapat menyaksikan para pengiring wanita memakai kimono manakala pengiring lelaki pula bersut ninja.
Setiap majlis turut memperagakan konsep berlainan. Keluarga memilih untuk mempersiapkan pengantin dengan persalinan busana tradisi melayu.
Sebolehnya tetamu juga harus berhias cantik dengan gaya elegan menggunakan fabrik berwarna ungu.
Seramai lapan jurugambar dan video daripada produksi Manggis di pilih turut serta merakamkan memori terindah itu.
Seramai lapan jurugambar dan video daripada produksi Manggis di pilih turut serta merakamkan memori terindah itu.
No comments:
Post a Comment