Tafsiran pembangunan semula infrastruktur Jepun akibat gempa bumi berskala richter 8.9 ialah 25 trillion Yen ( 309 billion US dollar) Pembangunan semula ini termasuk kemusnahan harta benda, harta awam, rumah. Demikian laporan dari AFP dan AP.
Kerusakan akibat gempa dan tsunami yang terjadi pada 11 Mac adalah yang terburuk sejak perang dunia kedua. Jumlah kematian kini mencapai 9,079 dan 12,645 orang hilang.
Pemerintah Jepun menyatakan kerusakkan infrastruktur dan reaktor nuklear Fukushima Daiichi akan melambatkan pemulihan ekonomi Jepun.
Sebelum terjadi gempa bumi, Jepun sedang bergelut dengan krisis ekonomi. Kini ekonominya dijangka akan terus merudum..
No comments:
Post a Comment