Tuesday, April 26, 2011

Bangunan Pejabat Ghadafi Musnah

bangunan pejabar Ghadafi yang dibom
Isnin 25 April, 12.10 waktu tempatan , Nato telah mengebom pejabat Ghadafi hingga musnah teruk, menyebabkan 45 orang cedera, termasuk 15 cedera parah. Tidak diketahui samada ada kematian. Pengeboman itu berupaya membunuh Pemimpin Revolusi itu.

Sebuah ruang mesyuarat yang menghadap ke pejabat Ghadafi rosak teruk dalam serangan itu. Ruang itu yang digunakan Ghadafi untuk pertemuan-pertemuan dengan menteri-menterinya.

Ahli bomba masih bertugas memadam api di bangunan itu
Wartawan AFP menyatakan itulah pengeboman yang terkuat di Tripoli setakat ini.

No comments:

Post a Comment