Betoi ka apa yang hang cakap ni. Betoi ka kejadian tu kat Carkosa ? tapi polis kata kat kondominium.
Betoi ka pelacur Cina ? tapi polis kata pelajar. Tang ni pun dah kantoi. Bawa, bawa lah bertaubat.
MELAKA - Tan Sri Rahim Tambi Chik kata beliau rela dihukum kerana tindakannya menayangkan video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang
Katanya “Kalau kita didakwa, kita kenalah reda kerana ia adalah perjuangan menegakkan kebenaran, malah bagi saya kepentingan negara kita lebih besar daripada didakwa di mahkamah,”
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa polis sudah menyiapkan laporan siasatan di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Beliau menyarankan supaya polis umumkan segera hasil siasatan.
“Jika maklumat ini tidak sampai terus kepada rakyat, ia akan menimbulkan banyak tanda tanya, keraguan, was-was, spekulasi, polemik negatif dan berbagai perkara yang mungkin tidak elok dalam mempertahankan keharmonian negara kita.
“Polis telah menyatakan mereka mempunyai bukti yang lengkap, jadi adalah menjadi tanggungjawab nasional kepada mereka (polis) untuk mengumumkan siapa pelakon dalam video seks berkenaan,” katanya.
Selain Rahim, dua lagi rakan yang terlibat dalam penayangan video itu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.
No comments:
Post a Comment