X-RAY menunjukan luka mengerikan pada badan Clarke
Joe Clarke 33 telah terkena tembakan dalam satu serangan , tetapi masih hidup . Malangnya para doktor tidak boleh mengeluarkan pelet-pelet (peluru senapang angin) dari dalam badannya kerana pelet-pelet itu tertanam dalam organ-organ penting. Para doktor menganggarkan Clarke akan amti paling lambat 25 tahun lagi.
Kejadian ini berlaku pada Disember 2007. Ketika Clarke membuka pintu rumahnya di Fairways, Consett, County Durham, dua orang bersenjata senapang terus menembaknya dengan ratusan peluru.
Ratusan peluru menembus punggung, kepala dan leher Clarke. Namun dia masih boleh menyelamatkan diri. Nasib baik jirannya melarikan dia ke rumah mereka.
Lapan bulan kemudian barulah diketahui sebabnya. Kes penyerangan tersebut terkait rapat dengan hubungan bekas teman wanitanya. Lima lelaki diberitakan terlibat dalam konspirasi pembunuhan Clarke.
Mereka ialah Paul Railton, 23, Gary Railton 42, Simon Cairns, 20, Neil Spoor , 39, dan Abbie Whitehead ,23. Malang baginya kerana peguam Paul Donoghue berjaya membebaskan mereka dari semua tuduhan. Kes Clarke kini berada di bawah siasatan Suruhanjaya Penyiasatan Bebas.
''Saya telah kehilangan segalanya. Saya diberitahu bahawa semua peluru terkunci dalam tubuhku yang akan memberiku sisa hidup paling lama 25 tahun,'' kata Clarke. '' Setiap hari aku merasa pening yang luar biasa. Aku merasa takut. Kehidupanku kini menjadi neraka sejak peristiwa penembakan tersebut.'' dailytimes
catatan indah.com 26 Jun
No comments:
Post a Comment