Wednesday, June 29, 2011

Lakonkan Watak Aung San Suu Kyi, Michelle Yeoh Diusir Dari Myanmar

 Michelle Yeoh di dalam set pengambaran filem 'The Lady: Aung San Suu Kyi’s Fight for Freedom‘.

Bintang Hollywood Malaysia Datuk Seri Michelle Yeoh, yang melakonkan watak pejuang pro-demokrasi Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya telah diusir oleh rejim tentera Burma dan disenarai-hitamkan.

“Beliau tidak mempunyai peluang memasuki Burma lagi. Beliau diusir keluar sebaik penerbangan pertama tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon,” kata seorang pegawai Burma kepada AFP.

“Beliau kini disenarai-hitamkan,” kata pegawai kedua tanpa memberitahu alasan berbuat demikian.
Yeoh berjumpa dengan Pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan itu di kediamannya di Yangon Disember lalu selepas merakamkan adengan filemnya yang dirahsiakan di bawah arahan pengarah Perancis Luc Besson di Thailand.

Filem biografi pejuang kebebasan Myanmar ini mengisahkan jalan hidup Aung San Suu Kyi dari saat beliau menjalani kehidupan di Universiti Oxford sehinggalah menjadi ahli politik berpengaruh.

Filem berkenaan dijangka ditayangkan lewat tahun ini.

Suu Kyi dibebaskan November lalu selepas dikenakan tahanan rumah selama tujuh tahun.

Pengambaran filem The Lady ini di’jalankan di Thailand untuk suasana yang lebih mirip kepada Myanmar & pihak kerajaan Thailand tidak mengetahui soal ini.
Rencah Alam

No comments:

Post a Comment