Wednesday, July 27, 2011

25 tahun lalu dinyatakan meninggal, lelaki Chicago ditangkap di kasino

Nevada
27 Julai
Chicago - Seorang lelaki Chicago, Amerika Syarikat, yang dinyatakan telah meninggal dunia 25 tahun lalu setelah menghilang kerana masalah hutang, akhirnya ditemui dan bekerja di sebuah tempat perjudian di Las Vegas.

Arthur Gerald Jones, ayah tiga anak, menghilang pada Mei 1979 setelah kehilangan pekerjaan dan memiliki banyak hutang kerana tabiat berjudi, salah satunya hutang sebesar US$30 ribu kerana kalah taruhan sebuah pertandingan basket.

Beberapa minggu sebelum menghilang menurut isterinya, Joanne, sang suami "sudah bukan dirinya lagi", khasnya setelah beberapa teman dan rakan sejawatnya mati terbunuh. Pada ketika itu, Biro Penyelidik Federal (FBI) tengah menyiasat kemungkinan Jones terkait dengan organisasi jenayah di Chicago.

Pada 1986, Jones dinyatakan meninggal dunia dan isteri serta anak-anaknya mendapatkan dana insurans berjumlah US$47 ribu.

Namun, menurut telegraph.co.uk, 25 Julai Jones yang kini berusia 72 tahun, ditemui minggu lalu di sebuah kasino di Nevada, Las Vegas. Ia pun ditahan dan akan segera diadili dengan beberapa pertuduhan, termasuk penggelapan, pencurian, dan pemalsuan identiti.

Patricia Baal, pasangan hidup Jones ketika ini, menyatakan ia telah 22 tahun serumah dengan Jones. "Ia sangat baik dan menghormati saya, saya sangatmenyayanginya". kata Baal.
cacatan indah.com

No comments:

Post a Comment