Kira-kira 15 penyokong gerakan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0 - dengan berpakaian kuning dan membawa poster - 'kembali semula' ke laluan utama perhimpunan 9 Julai.
Mereka membawa poster dan juga mengedarkan risalah yang mendesak pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).
Ada antara mereka yang membawa poster mendiang Teoh Beng Hock dan mengumumkan mereka "Berjalan untuk Teoh Beng Hock".
Walaupun bilangannya kecil, tetapi pakaian kuning mereka - bersama dengan poster dan belon yang sama warna - menarik perhatian orang ramai dan kenderaan membunyikan hon tanda sokongan.
Kira-kira lima kereta peronda dan sembilan motosikal polis memantau perarakan selama dua jam itu, yang dibenarkan bergerak tanpa halangan.
Perarakan 'mini' itu adalah satu penghormatan kepada semua mereka yang ditahan atau gagal memasuki bandaraya pada 9 Julai disebabkan oleh sekatan polis, kata Fui Lien Cheng (kiri) dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH).MK
No comments:
Post a Comment