Aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sebanyak tiga kali sepanjang dua minggu lalu kerana menyokong BERSIH 2.0 telah dihantar ke wad psikiatrik malam tadi oleh polis.
Menurut pembikin filem dokumentari bebas Chou Z Lam (kiri), yang melawat Hii malam tadi dan pagi ini di hospital, Hii dimasukkan ke wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur tanpa persetujuannya.
"Selepas dibebaskan oleh pihak polis malam tadi, dia berkeras supaya pihak polis menghantarnya ke hospital supaya kecederaannya dapat dirawat. Dia kata kecederaan disebabkan oleh polis dan mereka mesti bertanggungjawab menghantarnya ke hospital,” kata Chou ketika dihubungi.
Namun tanpa persetujuan atau pengetahuan Hii, Chou berkata polis berurusan dengan pihak hospital bagi menempatkannya di wad psikiatrik.
"Doktor tolak tuntutan saya agar dia dibenarkan keluar dengan alasan saya bukan ahli keluarganya. Sekarang kita sedang cuba mendapatkan peguam bagai merunding situasi itu,” katanya sambil menambah keluarha Hii menetap di Sibu, Sarawak.
Chou berkata Hii dalam keadaan tenang ketika beliau berjumpa dengannya.
"Dia mengadu pesakit lain meludah di kecederaannya dengan mendakwa ia boleh mnyembuhkan luka itu. Pihak hospital juga tidak merawat kecederannya dengan betul.
"Saya risau dengan keadaannya. Telefon bimbitnya juga telah diambil. Bagaimana jika dia dicederakan oleh pesakit lain? Siapa perlu bertanggungjawab?” soal Chow.
No comments:
Post a Comment