Friday, July 22, 2011

Bas Terbakar Hangus, 41 Orang Terbunuh


BEIJING – Xinhua, 22 Julai : Sekurang-kurangnya 41 orang dikhuatiri terbunuh dalam satu nahas bas di Henan.

Bas tersebut diketahui terbakar hangus ketika membawa penumpang di jalan raya Provinsi Henan.

Bas ini terbakar di satu jalan raya di Henan, pagi hari ini waktu setempat. Lima penumpang dan seorang pemandunya terselamat.

Ketika kecelakaan terjadi, bas tersebut dipenuhi oleh penumpang. Dilaporkan, bas itu juga dipenuhi oleh barang yang mudah terbakar.

Polis China masih terus melakukan penyiasatan atas kecelakaan maut tersebut.

Kecelakaan lalu lintas memang kerap terjadi di Negeri Tirai Bambu. Biasanya penyebab kecelakaan disebabkan kerana keadaan bas yang terlalu lama, dan keadaan jalanraya yang rosak.

No comments:

Post a Comment