QUANZHOU , 19 Julai - Wu Moude , 22, seorang lelaki pekerja bangunan dari China bernasib baik kerana masih hidup walaupun sebatang besi menembus rahang hingga ke tengkorak sedalam 15 sentimeter.
Kejadian ini berlaku kira-kira dua bulan lalu dimana besi tersebut menikam ke dalam rahang hingga tembus ke tengkorak ketika Wu terjatuh di lokasi konstruktion di Kota Quanzhou, Fujian, China Selatan.
Lelaki tersebut menjalani pembedahan selama lima jam untuk membuang besi setebal 1.2 sentimeter.
Mengikut laporan berita Orange, 19 Julai, doktor yang menangani pembedahan Wu menjelaskan ketika Wu tiba di rumah sakit, dia dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Sangat jarang melihat pesakit cedera parah seperti itu," kata doktor Zhuang Cong'en.
Ketika keluar dari rumah sakit, keadaan Wu sudah stabil dan harus menjalani rawatan susulan.
cacatan:indah.com
No comments:
Post a Comment