Obor ini dirancang oleh pereka bentuk perabut dan produk industri Edward Barber dan Jay Osgerby
Stadium Olimpik London |
Hari ini genap setahun lagi (365 hari) untuk seluruh umat dunia merayakan olimpik di London.
Dua juta orang telah memesan tiket untuk Olimpik London 2012, menurut ketua eksekutif Paul Deighton.
Pihak jawatankuasa sedang menyiapkan tugas besar dalam mengkoordinasikan penjualan, katanya, termasuk menyusun kerusi untuk 8.8 juta tiket yang disiapkan.
Pihak jawatankuasa Olimpik 2012 perlu menggalang 25% pendapatan dari penjualan tiket dan £2 billion dari sektor swasta.
Sekitar 6.6 juta tiket akan dijual kepada orang ramai mulai Mac 2011.
Permintaan besar
Deighton mengatakan, "Skala penjualan ini sangat besar. Dari sisi operasinya juga luar biasa."
Ia memperkirakan jumlah penonton akan meningkat 2.5 juta apabila tiket mulai terjual.
Para pegawai tidak menepati janji pada bulan November 2004 bahawa tiket paling murah £15.
Namun sejauh ini, tiket paling murah akan dijual dengan harga £20 dan paling mahal £725 untuk final 100 meter atletik. Tiket untuk upacara pembukaan mencapai £2,012.
Deighton menekankan mereka melakukan "penyesuaian" harga.
Ia menambahkan, "Mereka yang mengatakan bahawa tiket tidak murah adalah orang yang akan mengeluh bila kami tidak boleh menjual tiket maka kami akan minta bantuan pemerintah."
No comments:
Post a Comment