Sunday, July 31, 2011

Kanak-Kanak di Depok Disunat Jin

DEPOK – Kejadian aneh tapi nyata dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki bernama Daffa Al Zidane, 5 tahun, di Jalan Sawo, Kukusan, Beji, Depok. Daffa merasa kesakitan di bahagian kemaluannya ketika dia bermain basikal bersama teman sebayanya.

Kejadian berawal ketika keluarga Daffa sedang mengambil hasil tanaman kebun mereka di Sasak Panjang, Bojonggede, Bogor kelmarin siang. Namun ketika petang hari, ia mengeluh sakit kepada neneknya, Saanih, 41.

Daffa memberitahu bahawa ia merasa kemaluannya seperti dihiris dan memperlihatkannya kepada Saanih. Daffa pun mengaku bahawa ia telah disunat.

“Saya terkejut kok cucu saya tahu kalau dia telah disunat, habis main basikal lalu masuk ke dalam rumah di Sasak Panjang, Daffa mengeluh “burungnya” sakit, masa sih ada keajaiban seperti ini, ketika saya lihat memang benar ternyata, sudah bersaih tidak berdarah,” katanya di lokasi, pada Sabtu 30 Julai.

Lalu Saanih pun membawa Daffa ke mantri sunat dan klinik di Depok semalam serta pagi tadi. Doktor pun memberi ubat pencegah infeksi untuk cucunya.

“Doktor saja heran kok bisa sudah disunat, Daffa ini cucu yang sudah saya anggap anak, kerana sudah ditinggal ayahnya sejak lahir, tidak mendapatkan nafkah,” tuturnya.

Saanih sempat mendapat firasat bahawa ia didatangi oleh keluarga sesepuh yang sudah meninggal di dalam mimpi. Ia pun bernazar akan membawa Daffa berkeliling naik kuda jika sudah pulih dari sakit.

“Saya juga undang tetangga untuk kesyukuran kecil – kecilan, Daffa juga kepingin naik kuda nanti,” tambahnya. (put)

No comments:

Post a Comment