Saturday, July 30, 2011

Mee Terpanjang di Dunia


Diperlukan waktu 25 minit untuk merentangkan 1.704 meter mee buatan para syef di China. Mee tersebut pun akhirnya memecahkan rekod dunia dan didaulat sebagai mee terpanjang di dunia.

Metro.co.uk melaporkan, bahawa diperlukan sebanyak 15 kilogram tepung dan 2.5 kg minyak yang digunakan dalam pembuatan mee.

Produksi berlangsung di bawah pengawasan syef, bermarga Su, dan ribuan peserta yang ikut dalam pengolahan mee, mengenakan pakaian tradisional selama proses pembuatan mee di alun- Dali Bai, dari Yunnan di China Tenggara ini.

Rekod baru ini berhasil memecahkan rekod sebelumnya. Tahun lalu seorang syef dari Itali membuat mee hanya sepanjang 100 meter.

Ketua Syef Antonio Zazzerini pada festival tahun lalu mengatakan: “Diperlukan waktu seharian untuk menciptakan adunan mee, hanya diperlukan waktu lima minit saja untuk memakannya sampai habis.” (poskota)

No comments:

Post a Comment