Friday, July 22, 2011

Seorang Pilot Melakukan Kamikaze Ala 11 September


Swiszeland : Seorang juruterbang menelepon emaknya bertanyakan samada ibunya berada di rumah, “Adakah Ibu dirumah? Saya akan kesana," kata anak itu kepada ibunya Rosemary, 68.

Beberapa detik kemudian satu serangan ala 11 September dari anaknya menghentam rumah wanita itu.

Rosemary bernasih baik kerana beliau berada di basement, beliau dapat diselamatkan oleh tetangganya. Namun sang pilot, iaitu anaknya, Konrad Schmidt, 47, dinyatakan meninggal dunia di tempat kejadian..

Saksi mengatakan kejadian itu bukan kemalangan , kerana pesawat yang dipandu Schmidt nampak jelas mengarah ke rumah ibunya.

Schimdt, seorang sarjana pengangguran, dan bapanya seorang pilot senior sebuah penerbangan Swissair, mengalami depresi dan masalah kewangan selama 2 tahun terakhir. Dan menurut para tetangga, hubungan Schimdt dengan ibunya memang tidak baik . "Mereka memiliki banyak permasalahan di banyak bidang," kata salah seorang tetangga.

Kerana profesion ayahnya, dari kecil Schmidt dibesarkan dalam sebuah keluarga single-parent bersama ibunya. Dan ketika perkahwinan orang tuanya hancur, ia merasa sangat kecewa. Ia menyalahkan Rosemary kerana perpisahan itu dimana ayahnya meninggalkan rumah dan meninggal kerana kanser tak lama kemudian.

sumber: Dailymail

No comments:

Post a Comment