Tuesday, July 26, 2011

Tandas Awam Diubahsuai Jadi Kafe


HUNSBURY - Bagi sebahagian orang, sebuah tandas sangat mengganggu mata, tapi tidak bagi lelaki ini, dia menganggap itu adalah peluang perniagaan.

Coling Ingle, 52 pada tahun 2008 lalu melewati bangunan yang sudah tidak digunakan tersebut, dia lalu mengubahsuai tandas awam tersebut menjadi cafe dan menghabiskan dana sebesar 25 ribu poundsterling.

Cafe tersebut pun kini sudah berdiri di tengah Taman Kota Hunsbury Hill lengkap dengan balok kayu sebagai pondasinya dan juga kerusi dari anyaman.

"Saya fikir ketika di taman tidak ada tempat di mana kita boleh menikmati secangkir kopi dan makanan, dan saya lihat waktu itu tandas itu sudah tidak terurus," katanya seperti dilansir Dailymail, 25 Julai

Pada ketika rancangan perombakan tandas, banyak warga yang protes bahawa itu hanya akan mengundang aksi vandalisme.
Namun setelah cafe tersebut jadi, ramai yang mendatanginya.

Salah satu pengunjung tetap Kevin Kerr, mengatakan bahawa cafe tersebut merupakan tempat yang fantastis.(rhs)
Sumber : okezone.com

No comments:

Post a Comment