Saturday, August 27, 2011

Cerita paling sedih pernah terjadi-Remaja dan ayahnya Dimakan beruang hidup-hidup

 

Cerita paling sedih pernah terjadi. Seorang ibu mendengar jeritan anaknya melalui telefon selama satu jam ketika anak itu sedang dibaham oleh empat ekor singa.

Olga Moskalyova (19) berteriak-teriak di telefon dan sang ibu, Tatiana, hanya boleh pasrah mendengar teriakan puterinya itu. “Bu, beruangnya memakan tubuhku! Bu, ini sakit sekali. Tolong, bu!” teriak Olga. Mulanya, Tatiana menyangka puterinya hanya bergurau.

Namun, Tatiana yang masih terus mendengarkan, menangkap ketakutan dan kesakitan di suara Olga. Tatiana makin pucat ketika mendengar geraman beruang dan suara haiwan itu sedang mengunyah. “Saya boleh saja mati ketika itu kerana terkejut mendengarnya,” kataTatiana.

Tatiana tak tahu beruang itu sudah membunuh suaminya yaitu ayah tiri Olga, Igor Tsyganenkov. Igor mengalami patah leher dan tengkoraknya pecah kerana ‘dibanting’ si beruang. Olga yang sedang berlatih menjadi psikologi, menyaksikan si beruang menyerang Igor.

Namun, ibu beruang berhasil mengejar dan menangkap kakinya ketika Olga berusaha menyelamatkan diri. ketika diseret, Olga menelepfon Tatiana. Sebaliknya Tatiana, berusaha menghubungi Igor, tanpa tahu lelaki itu sudah meninggal.

Akhirnya Tatiana memberitahu polis dan keluarganya berdekatan  Desa Termalniy, Siberia Timur. Ia meminta mereka segera ke sungai untuk menolong Olga dan Igor. Keduanya ke sungai untuk mengambil pancingan milik Igor yang tertinggal.

Pada panggilan telefon kedua, Olga berbicara terengah-engah. “Bu, beruangnya kembali. Ia kembali dan membawa ketiga anaknya. Mereka.. memakanku.” Selanjutnya, Olga menelefon untuk ketiga kalinya sekitar sejam setelah telefon pertama.

Ketika telefon ketiga inilah Olga sedar  dirinya sekarat. Si keluarga beruang sudah meninggalkannya. “Bu, sudah tak sakit lagi. Aku tak merasakan sakit. Maafkan aku untuk segalanya, aku sangat mencintaimu,” kata Olga.

Setengah jam kemudian, abang Olga, Andrei, datang bersama polis dan mendapati si beruang masih memakan tubuh Igor. Sementara Olga yang tubuhnya terkoyak-koyak, sudah tergeletak tak bernyawa. Enam pemburu kemudian dikirim untuk membunuh keempat beruang itu.

Serangan beruang merupakan hal biasa di penjuru Russia. Tatiana ketika ini amat sedih mengenang puterinya. “Puteri saya amat menyenangkan. Ia ceria, ramah dan hangat. Baru lulus dari sekolah muzik dan mendapatkan lesen memandu-nya beberapa hari lalu,” ujar Tatiana, bersiap memakamkan Olga dan Igor.



No comments:

Post a Comment