Saturday, August 27, 2011

Derita Fauziah_ Membela 6 anak terencat akal


KUALA TRENGGANU - Seorang janda berusia 52 tahun, mengasuh enam orang anak penderita cacat mental seorang diri, kerana suaminyatelah meninggal tiga tahun yang lalu.

Fauziah Ngah, seorang ibu yang bertekad menjaga anak-anaknya di rumah kecilnya di sebuah flat yang terletak di Kampung Kolam.

"Saya mengasuh enam anak saya. Saya harus memenuhi tuntutan aneh mereka, namun saya tidak boleh mengeluh, kerana mereka adalah anak-anak saya," kata Fauziah.

Semua anak Fauziah mengalami kelemahan otak. Mereka adalah, Yaziz Aziz (27 tahun), Sofia (26 tahun), Mohd Syukri Hadafi (25 tahun), Suriyani (24 tahun), Mohd Rizal (17 tahun) dan Mohd Amir Haikal (9 tahun). Fauziah juga menyatakan, sangat payah mengasuh enam anaknya.

"Mereka terkadang berkelahi satu sama lain dan merosakkan  perabot  rumah. Anak bungsu saya, Mohd Amir kena  diawasi 24 jam, kerana kadang-kadang  dia lari dari rumah. Amir adalah anak yang hiper aktif," kata Fauziah.

Fauziah yang mendapat dana bantuan sebanyak  RM200  se bulan dari Jabatan kebajikan menyatakan, dirinya menggunakan baki wang persaraan suaminya untuk keperluan  sehari-hari seperti untuk membeli makanan dan  penjagaan.

"Nasib baik, dua anak pertama saya tidak menderita   penyakit itu. Mereka juga membantu saya dalam setiap aktiviti," tambahnya.

Jabatan Kebajikan  juga membantu dua anak Fauziah yang mengalami keterbelakangan mental. Meskipun demikian, Fauziah tetap harus mengatur pengeluarannya secara berhati-hati.

"Tidak peduli apa yang terjadi, saya akan tetap mengasuh mereka semampu saya," kata Fauziah

No comments:

Post a Comment