Wednesday, August 3, 2011

Hosni Mubarak Dibawa Ke Mahkamah Dalam Keadaan Berbaring

Mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, hari ini hadir ke mahkamah dengan pengawalan ketat di Ibukota Kaherah. Dia didakwa terlibat kes korupsi dan pembunuhan ke atas para demonstrasi, yang akhirnya memaksa dia turun dari jawatan presiden pada Februari lalu setelah 30 tahun berkuasa.

Menurut berita Al Jazeera, ini merupakan kali pertama seorang pemimpin negara Arab diadili langsung di hadapan rakyat setelah terguling atas desakan rakyatnya juga. Hadirnya Mubarak ke mahkamah itu merupakan penampilan pertama bagi lelaki berusia 83 tahun itu sejak mundur dari jawatan presiden pada 11 Februari lalu.

Pada sidang pertama itu, Mubarak langsung dibawa ke ruang khas terdakwa, yang berjeriji besi. Itu merupakan prosedur yang harus dijalani terdakwa di mahkamah Mesir. Namun, Mubarak nampak terbaring lemah di atas tempat tidur kerana keadaan kesihatannya menurun.

Mubarak tidak sendirian didakwa. Dua puteranya, Gamal dan Alaa Mubarak juga diadili atas kes korupsi. Selain itu, mantan menteri dalam negeri Habib el-Adly dan enam pegawai senior polis Mesir juga didakwa atas kes pembunuhan dan percubaan pembunuhan atas para demonstrasi anti rejim Mubarak.

Lebih dari 800 orang terbunuh dan 6,000 lainnya cedera dalam 18 hari gelombang protes yang akhirnya menurunkan rejim Mubarak pada Februari lalu. Bila terbukti bersalah atas kes pembunuhan dan korupsi, Mubarak boleh terancam hukuman mati.

Sidang mahkamah itu berlangsung di kompleks Akademi polis agar boleh disaksikan ramai orang. Ini sesuai dengan tuntutan para demonstrasi agar pengadilan atas Mubarak berlangsung terbuka.
• VIVAnews

No comments:

Post a Comment