Tuesday, August 23, 2011

Isteri bunuh suami kerana lupa hari jadinya

 gambar hiasan

ASTRAKHAN,  - Lyalya Tupikova (45), yang berasal dari desa kecil berdekatan  Astrakhan, di selatan Rusia ini tergamak  membunuh Khalpik (50), suaminya, hanya kerana suaminya lupa tidak memberi ucapan selamat ulang tahun, ketika  berangkat bekerja.

Setelah  membunuh suaminya, Tupikova menyerahkan diri dan menceritakan kronologi peristiwa tragis tersebut. Tupikova mengatakan kepada polis , suaminya telah melupakan hari ulang tahun dirinya. "Hari ulang tahun saya merupakan peristiwa besar yang harus terus diingat," kata Tupikova kepada penyiasat.

Menurut Tupikova, dirinya sudah demikian sabar menunggu ucapan selamat ulang tahun dari suaminya. "Mungkin setelah pulang kerja, dia mempersiapkan kejutan buat saya," kata Tupikova.

Namun, ketika pulang kerja pun, Khalpik tidak membawa hadiah kejutan seikat bunga. Tupikova tidak putus asa, ia lalu membuat masakan khas, kemudian membuat hiasan meja makan dengan menyalakan lilin, untuk makan malam mereka berdua, dengan harapan suaminya ingat hari ulang tahunnya.

Namun, upaya ini pun gagal untuk mengingatkan Khalpik bahawa hari itu, isterinya sedang berulang tahun. Akhirnya kesabaran Tupikova pun habis, diraihnya sebuah pisau, lalu ditusukan ke dada suaminya.

"Saya sudah berkorban demi suami saya, namun dia sama sekali tidak peduli kepada saya. Saya jengkel, lalu saya ambil pisau dan saya tusukan tepat di atas jantung suami saya," kata juru cakap pihak  polis  Astrakhan, menirukan alasan Tupikova membunuh Khalpik.

Khalpik jatuh dan pingsan. Kerana kehilangan banyak darah, dia meninggal tak lama kemudian setelah pihak polis dan rumah sakit mengevakuasi Khalpik. Tupikova mengaku bersalah dan ketika  ini sedang menunggu hukuman yang setimpal.KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment