Monday, August 22, 2011

Jual anak kerana perlukan wang

LARGO - Seorang wanita ditahan kerana menjual anak lelakinya yang berusia lima tahun dengan  harga USD2,000  kepada  seorang lelaki  dari Tampa, Florida, Amerika Syarikat.

Jessica Marie Beers, dari Seminole, Florida, menjual puteranya kepada  James Gardner, 58  dan isterinya kerana ketagihan ubat yang kritikal. Pasangan yang mahu membeli  anaknya itu   merupakan teman satu gereja dengan Jessica. Pasangan  ini sebelumnya pernah  mengasuh anak Jessica.

Jessica didakwa atas tuduhan penjualan anak . Menurut catatan mahkamah  Pinellas County, Jessica sebelum ini pernah  mengaku bersalah atas kes kecurian besar pada April 2010 lalu.

Dia diperintah  membayar ganti rugi sebanyak  USD500   kepada perusahaan makanan Burger King.

Kes yang hampir sama juga terjadi di Florida. Seorang perempuan, Patty Bigbee, juga menjual cucunya dengan harga USD30 ribu  . Dia dipenjarakan  selama lima tahun.

No comments:

Post a Comment