Beberapa orang pasti berfikir bahawa David Beckham memiliki segala mulai dari keluarga yang utuh, kereta mewah, kekayaan, dan terkenal. Namun ternyata hal itu belum lengkap, sebelum pemain Los Angeles Galaxy ini dikurniai seorang bayi perempuan bernama Harper Seven.
Bahkan, rasa bahagia itu langsung diungkapkan suami Victoria Beckham ini, dengan membeli kereta sport mewah Ferrari 612 Ascaglietti custom. Tidak hanya itu, kereta yang dibardol 300 ribu dollar Amerika, sengaja disematkan logo nombor 7 oleh Beckham, sebagai bentuk dedikasi khas kepada puterinya Harper Seven.
Kereta Ferrari berwarna hitam berkilat itu terlihat terparkir di pelataran rumah Beckham di Malibu, Amerika Syarikat. Rumah tersebut biasanya dijadikan oleh Beckham sebagai tempat untuk menghabiskan waktu bersama keluarga pada cuti akhir minggu.
Seperti diketahui, kereta teranyar Beckham memiliki enjin 5.7 liter V12, yang boleh juga digunakan pada kereta 575 Maranello. Enjin ini dapat memacu kenderaan hingga kecepatan maksima 315 km/jam.
Namun, banyak orang bertanya-tanya apa erti sesungguh nombor 7 pada kereta koleksi terbarunya ini? Banyak spekulasi bermunculan, di mana nombor itu dihubung-hubungkan dengan bayi cantik perempuan Beckham.
Menurut People seperti yang di lapor Autoevolution, Rabu 3 Ogos 2011, Harper Seven dilahirkan pada minggu pagi di LA, dengan berat 7 pounds, pukul 7, bulan 7, serta hari ketujuh dalam satu minggu. Terlebih lagi, angka 7 sering dihubungkan dengan angka keberuntungan, sekaligus nombor punggung Beckham ketika bermain di Manchester United.
• VIVAnews
No comments:
Post a Comment